Don Piper tidak tahu bahwa 18 Januari 1989 adalah hari
terakhirnya di Bumi. Dia sedang dalam perjalanan kembali ke rumah dari Pusat
Persidangan Trinity Pines lapan puluh batu di utara Houston. Don dijadualkan
berkhutbah di gerejanya pada malam itu.
Sepuluh minit selepas dia meninggalkan pusat persidangan itu,
dia memandu di atas sebuah jambatan menyeberangi Tasik Livingston. Lori
bertayar lapan belas datang dari arah bertentangan, menghentam kereta Ford
Escortnya, dan membunuhnya. Don telah diisytiharkan mati oleh empat pegawai
perubatan kecemasan.
Tidak lama selepas kemalangan itu, Dick Onerecker, seorang
pastor, tiba ke tempat kemalangan dan meminta untuk berdoa bagi orang yang
terlibat dalam nahas itu. Pegawai itu berkata tidak kepada pastor itu - orang
di bawah kain tarpaulin itu sudah meninggal dunia. tetapi Dick terus meminta
untuk berdoa bagi orang itu. Akhirnya Dick diberi keizinan tetapi diingatkan
bahwa tubuh orang itu dalam keadaan teruk.
Tuhan menggerakkan dalam hati Dick untuk berdoa agar tidak
ada kecederaan kepala atau kecederaan dalaman. Sementara Dick sedang berdoa
bersungguh-sungguh, Don sedang mengalami keindahan di syurga. Tetapi sebaik
sahaja dia sampai ke gerbang pintu syurga, dia terpaksa meninggalkannya
lagi.
Pada detik sedarnya yang pertama kembali di Bumi, Don
mengingat menyanyi bersama dengan Dick, "What A Friend We Have In
Jesus." Tetapi waktunya di syurga itu tidak melenyapkan
penderitaannya di bumi. Dia akan mengharungi perjalanan yang jauh di
hadapannya untuk mendapat kembali kesihatannya.
"Kesakitan menjadi temanku selalu. Untuk waktu yang
lama, aku tidak pernah bebas dari kesakitan di seluruh tubuhku," ingat Don.
Secara ajaib, Don tidak mengalami kecederaan kepala dan kecederaan dalaman. Dia
menghabiskan lebih 100 hari di hospital dengan rawatan yang menyakitkan dan
anggota tubuh yang kurang upaya.
Sehingga kini, Don telah menjalani 34 pembedahan. Kebolehannya
untuk berjalan adalah sesuatu mukjizat. "Kadang-kadang aku menanya Tuhan
mengapa aku tidak diizinkan tinggal terus di surga. Aku tidak ada jawaban
untuk Persoalan itu. Tetapi aku telah belajar bahwa Tuhan telah membawa
orang-orang ke dalam hidupku yang memerlukan aku atau perlu mendengar Pesanku," kata Don.
90 MENIT DISURGA
Don mengingat bahawa dia memandu di atas jambatan itu dan
detik selepas itu dia mengingat berdiri di Syurga. "Ianya (Syurga) sempurna,
dan aku tahu bahawa aku tidak punya keperluan apa-apa, dan tidak akan pernah
ada lagi keperluan." kata Don. Cahayanya, pemandangannya, pelukan,
keindahan, warna dan nadanya jauh melebihi apapun yang pernah dilihatnya.
"Dari kelompok penyambut tamu syurgawi, bunyi kepakan
sayap malaikat, dan pelbagai jenis bunyi," Don berkata, "Syurga
adalah pengalaman yang sangat menakjubkan kepada deria." Ianya merasa
lebih nyata daripada apa pun yang pernah dialaminya.
Sejak kunjungannya yang pendik ke Surga, Don berkata dia
telah banyak kali memikirkan tempat yang indah itu. "Tidak sehari pun
berlalu tanpa aku merasa kerinduan yang kuat untuk kembali ke kota syurgawi itu
di mana aku telah mendengar muzik yang paling sempurna dan memiliki damai
sejahtera yang sepenuhnya dalam hati."
Selepas kemalangan itu, Don berkata pandangannya berubah
mengenai banyak perkara termasuklah Surga. Walaupun dia pernah membaca mengenai
Syurga dalam Alkitab dan mendengar khutbah mengenainya, segala sesuatu berubah
apabila dia mengalaminya.
" Surga tidak lagi jadi satu kemungkinan bagiku, ianya sudah menjadi sesuatu yang nyata. Surga adalah realiti bagiku kini, bukan lagi hidup yang kujalani di Bumi," kata Don. Dia mencintai hidupnya di sini bersama keluarga dan kawan-kawan, tetapi sejak kemalangan itu, hidupnya kini lebih dekat kepada realiti syurgawi. "Aku sungguh diberkati kerana berkesempatan untuk sampai ke pintu gerbang Syurga. Itu adalah pemberian yang menakjubkan dan telah membawa impak yang besar dalam hidupku pada masa itu dan berterusan membawa impak yang sama kuatnya kepadaku hari ini," kata Don.
" Surga tidak lagi jadi satu kemungkinan bagiku, ianya sudah menjadi sesuatu yang nyata. Surga adalah realiti bagiku kini, bukan lagi hidup yang kujalani di Bumi," kata Don. Dia mencintai hidupnya di sini bersama keluarga dan kawan-kawan, tetapi sejak kemalangan itu, hidupnya kini lebih dekat kepada realiti syurgawi. "Aku sungguh diberkati kerana berkesempatan untuk sampai ke pintu gerbang Syurga. Itu adalah pemberian yang menakjubkan dan telah membawa impak yang besar dalam hidupku pada masa itu dan berterusan membawa impak yang sama kuatnya kepadaku hari ini," kata Don.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar